Thursday, April 17, 2014

Resepi Almond Crunchy

Kak Rod nak mintak maaf banyak-banyak sebab tak tau macam mana dan siapa yang 'terdelete' resepi almond crunchy yang sebelum ni..Kak Rod tak perasan sehinggalah salah seorang bertanya tentang resepi dan Kak Rod mintak dia rujuk ke blog. Dia maklumkan dalam blog dah tak ada resepi tu..tu yang check balik dan notice memang dah 'hilang' macam MH370 tu..hihi..tak dapat dikesan..


Bahan-bahan :

200 g badam keping (bakar dulu pada suhu 160 C selama lebih kurang 5 min)
200 g tepung florentine (kalau suka kurang manis, kurangkan kuantiti. Ikut selera masing-masing)
100 g kuaci 
20 g bijan

cara-cara:

Campur semua bahan. Masukkan dalam dulang 14 X 14 . Ratakan dan bakar dalam 10-15 min pada suhu 160 C) . Potong semasa masih panas. 

No comments:

Post a Comment