Kak Rod jugak mengambil tempahan untuk laksam dan kuahnya ni. Selalunya jika ada jamuan atau majlis keraian atau high tea, bolehlah contact kak rod : 0134323244 (sekitar Gurun, Sg Petani, Yan, Pendang dan Alor Setar saja lah yer..)
Resepi ini memang resepi asli..tidak diciplak dari mana mana blog yer...hihi..
Kuah dia boleh juga digunakan untuk makan laksa versi kelantan. Laksa kuah lemak.. Anak-anak Kak Rod lebih suka laksa berbanding laksam..Macam mana cara makan pun, terpulang kepada citarasa individu tersebut..
Jom..kita tengok cara untuk buat laksam dulu :
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung Beras (apa saiz cawan pun tak kisahlah..)
- 1 cawan tepung gandum
(Nota : Tepung gandum hendaklah separuh dari tepung beras.. ratio 2:1 .. kalau guna 4 cawan tepung beras, tepung gandum mesti lah 2 cawan)
- 2 camca besar tepung jagung (untuk kilatkan)
- 2 camca besar tepung pulut (supaya dia lebih kental dan susah koyak bila gulung)
- sedikit minyak (seeloknya minyak sayur..tak ada..hentam saja minyak masak biasa)-supaya tidak melekat
- sedikit garam dan gula untuk perasa (jangan banyak)
- air untuk membancuh..
cara-cara:
- Blender semua di atas.
- Panaskan kukusan..ambik tudung periuk ke atau apa sahaja bekas..letakkan bahan blender tadi dan ratakan..Jangan terlalu tebal..agak2 yer..mcm kita buat kuih ketayap yg di leser kat dlm kuali tu..biarkan masak..nak tahu masak? kalau tepung menggelembung tu tanda dah masak..
- angkat dan gulung..
senang aje kan???
Kuah Laksam
Bahan-bahan :
- 1 kilo Ikan (ikan apa pun boleh,,k.rod guna selayang atau kembung)
- 4 cawan santan (asingkan kental dan cair)
- Bawang besar - blender
- sudu lada hitam- blender
- lengkuas - ketuk aje
- garam, asam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Ikan direbus dan asingkan isi dan tulang. Jangan buang air rebusan tadi.
- Air rebusan tadi dicampur dengan tulang, blender dan tapis.
- Masukkan santan cair dan bawang yang telah diblender tadi, lengkuas dan lada hitam dan air rebusan yang telah tapis buang tulang . Jerang sehingga hilang bau bawang. Masukkan garam dan asam dan gula.
- Masukkan santan pekat dan isi ikan. Biarkan seketika. Jaga supaya santan tidak naik minyak. Setelah masak, check rasanya..
Sayur-sayuran:
Letak lah apa pun..Kak Rod selalu guna kacang panjang, taugeh, timun, pucuk putat, bunga kantan..
Rebus telur untuk dimakan bersama-sama laksam.
Sambal :
Sambal selalunya dibuat asing. Kak Rod bakar bawang dan potong. Limau kasturi diperah jusnya dan kulit di potong. Cili padi dan lada merah ditumbuk. Campurkan semua danGaulkan dengan sedikit garam dan gula.
SIAP!!!
No comments:
Post a Comment